Search

Apakah perbezaan diantara kopi istimewa dengan kopi komersial

Specialty Coffee :

Kopi istimewa(specialty) atau lebih mudah dikenali sebagai arabica kopi. Ia adalah kopi berkualiti tinggi ditanam di ketinggian yang sangat tinggi dan ladangnya juga di jaga dengan sangat rapi.


Kemudian biji kopi diproses, dipilih, dipetik oleh pemetik di ladang kopi istimewa diajar untuk memilih hanya ceri merah yang masak. Ini sangat penting, kerana ceri yang kurang masak atau terlalu masak dapat memberi kesan kepada biji kopi tersebut.


Digred mengikut sistem mata dengan teliti oleh pakar dan dipanggang dengan menggunakan mesin pemanggang kopi yang berteknologi tinggi untuk mendapatkan suhu panas yang sesuai dan di profil mengikut karekter setiap biji kopi supaya dapat mengeluarkan potensi rasa, aroma dan tekstur yang maksimum dari biji kopi yang di panggang ianya adalah proses yang amat sukar bagi setiap pemanggang kopi.


Setelah melalui semua proses di atas biji kopi akan di ujirasa dahulu untuk mengenal pasti bahawa biji kopi yang dipanggang itu rasa bagus sebelum dibungkus dalam bungkusan yang mengandungi injap untuk biji kopi membebaskan karbon dioksida. Matlamat utamanya adalah untuk menghasilkan rasa kopi yang unik dari kopi berkualiti tinggi ke dalam cawan anda.

Kopi istimewa(specialty) mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi rasa, kaedah cara pembuatan dan wilayah setiap negara.

-



Commercial coffee:

Manakala biji kopi komersial pula adalah kopi yang rendah grednya dan biji kopi tersedia dalam kuantiti yang banyak tidak penting untuk membezakan cara penjagaan ladang dan kaedah pemprosesan oleh kerana harganya yang terlalu murah dan kita dapat melihat dari segi cara biji kopi itu dipanggang.


Biji kopi komersial akan dipanggang sehingga hitam dan berminyak untuk memudahkan cara memanggang biji kopi tersebut dan biji kopi yang telah dipanggang boleh disimpan selama berbulan - bulan lamanya. Biji kopi komersial selalu nya akan dibungkus didalam bungkusan beg plastik biasa. Biji kopi komersial pula mempunyai rasa dan aroma yang tidak menyenangkan seperti arang, kayu dan pahit yang terlalu.


-

Adakah menambah Ais ke dalam kopi adalah idea terbaik?


Pada sesetengah orang berpendapat menambah ais ke dalam kopi akan membuatkan kopi itu rasa cair kerana ais akan mencairkan larutan ekstrak kopi tersebut dan ada juga suka menikmati kopi secara sejuk dengan menambah ais kedalam kopi tersebut. Ada pelbagai cara untuk membuat kopi tersebut menjadi sejuk dan tidak mengurangkan rasa ekstrak kopi menjadi cair seperti dibancuh secara sejuk(cold brew) dan disimpan didalam peti sejuk ataupun boleh dibuat secara kiub beku ekstrak kopi



Sebaik sahaja Kopi tersedia dalam kuantiti yang banyak, memenuhi kualiti rendah yang dipersetujui dan mempunyai harga yang sangat rendah, Kopi ini akan berada di bawah kriteria komoditi atau barang komersial. Oleh kerana itu, kopi komersial tidak penting untuk membezakan Ladang dan kaedah pemprosesan.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh melayari lama web yang tertera :

Kopi Istimewa berbanding dengan Kopi Komersial

Buah Kopi istimewa dengan Buah Kopi Komersial proses


Check out:

Website | www.ghostbirdcoffee.com/shop

Shopee | shopee.com.my/ghostbirdcoffee



0 views
Get to Know
Ghostbird Coffee Co.

About

Service

Shop
Blog
Workshop

Contact

Visit Our Stores

Customer service: +6011 1638 8939

Help

Follow Us

  • Facebook
  • Instagram

©2020 by Ghostbird Coffee Co.

0
  • Facebook
  • Instagram